WASIAT IMAM SYAFIE R.A.: 10 AMALAN

 

SEBELUM Imam Syafie r.a. pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

“Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.”:

1. HAK KEPADA DIRI: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2. HAK KEPADA MALAIKAT MAUT: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah SWT.

3. HAK KEPADA KUBUR: Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

4. HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR: Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
H AK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL P
ADA HARI KIAMAT5.
): Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

6. HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT): Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

7. HAK KEPADA MALIK (MALAIKAT PENJAGA NERAKA): Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.

8. HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA): Berasa redha dengan qadha’ Allah SWT, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah SWT dan bertaubat dari melakukan maksiat.

9. HAK KEPADA NABI SAW: Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadis), menyayangi para Sahabat r.a. dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah SWT.

10. HAK KEPADA ALLAH SWT: Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.